Friday, 10 October 2014

three waves longitudinal

πŸŒ€πŸŒ€πŸŒ€Three waves longitudinal.

Pertama sekali perlu difahami CMV atau common method variance dahulu. CMV ialah bias menjawab soal selidik. Katakan kita katakan rajin (IV) akan sbbkan pandai (DV). Apabila kita meminta subjek jawab soal selidik rajin ie. Dlm kelas, saya sangat rajin. Kita juga bertanya, Saya antara yang paling tinggi kedudukan dln kelas. Dlm kedua2 keadaan ini org cenderung jawab dia rajin dan pandai. Atau dia pandai dan dia rajin. CMV berlaku bila kita tidak pasti apa yg ujud dulu, sbb perasaan pandai dan rajin itu berkongsi serentak. Itulah CMV. Sbb itulah disarankan guna longitudinal (kutip data guna soal selidik yg sama, terhadap org yg sama, lbh daripada sekali). Ia andaikan bahawa ada perubahan berlaku dlm jeda masa tadi, sbb manusia tak berkongsi perasaan yg sama secara serentak lagi. Data yg dikutip dua kali ini dinamakan longitudinal. Scholar berkhilaf hal jeda masa ini, sbb jika masa yg terlalu pendek, berkongsi persepsi ini masih ujud. Jadi khilaf ini ada yg katakan 3 bulan, 6 bln dan selanjutnya. Umumnya 3 bulan memadai. Ada yg kata 6 minggu mencukupi. Ini kaul yg dhaif.

Jd iv Time 1 predict dv time 2. Bila data dikutip dua kali, selesailah isu CMV tadi.

Bagaimana pun, masalah timbul bila ada Mediation variables. Rajin -- pandai -- lulus. Katakan rajin predict pandai dapat diselesaikan dengan dua kali kutipan data, mcm mana pula utk ramalkan lulus? Jadi kalau kita guna t1 (IV) predict t2 (M)  predict t2 DV, CMV ujud ketika t2 predict t2 tadi pula. Sbb itu disarankan guna three waves t1 predict t2 predict t3. Jadi itulah dianggap sebagai fully longitudinal.

Tidakkah boleh hanya dua kali longitudinal (two waves) kalau ada mediation? Scholars berkhilaf juga hal ini, tetapi tidak kuat hujahnya. Sbb itu ia dinamakan half longitudinal dalam kes seumpama ini.

No comments:

Post a Comment