Thursday, 2 October 2014

Motivation

http://www.elsevier.com/connect/shattering-the-myth-rearing-children-is-a-stumbling-block-to-higher-studies

🎯🎯🎯
Bila kita sudah lama tidak berbuat apa2.

Kita rasa kita penat dan sibuk. Bila melihat output, nampaknya tidak ada apa2. Kita rasa mcm sedang prepare proposal. Sudah 2 tahun berlalu, tidak kelihatan juga. Adakah kita sedang berbuat apa2, tetapi tidak kelihatan? Pada akhirnya yg dilihat org itulah yg dianggap membuat apa2.

Kalau anda jatuh, bangunlah. Kalau ada berjalan, berlarilah.  Masa tidak menunggu anda.

_-----------

🎯🎯🎯🎯
PhD bukan 1st degree!
PhD ini dunia yg sepi. Ia dibuat tatkala kita berusia, berkahwin dan beranak pinak. Ia dibuat ketika umur kita mungkin sama usianya dengan penyelia kita.

Halangan besar PhD ini bukan sangat kerana kita gagal berfikir. Halangan besarnya kerana kita tidak ada banyak masa berfikir. Kita sibuk dengan kerja, isteri, suami, anak2, ibu mertua, bapa sendiri, jiran dan banyak lagi. Tapi itulah hakikat PhD. Kita mematangkan diri dalam ketiga2 cabaran - akademik, kerjaya dan keluarga. Kita mungkin gagal bukan kerana kita tidak cerdik, tetapi gagal menguruskan keluarga. Kita berjaya mungkin bukan sebab kita pandai, tetapi ada keluarga yg mendorong kita.

Penat bukan?

Ya. Tetapi itulah cabaran. Org sanggup membayar puluhan ribu ringgit mendapatkan cabaran. Mereka berlayar di lautan, mendaki gunung, meluncur ski. Semuanya kerana cabaran itulah yg menentukan sama ada kita org biasa atau seorang wira.

PhD itulah cabaran untuk anda. Sama ada anda berani atau tidak, itulah peluang anda menjadi wira! Kalau anda ingin semuanya mudah, lebih baik memilih pergi kerja dan pulang kerja. Tapi ingat, anda hanya sekadar menjadi orang biasa. Puluhan tahun lagi, tatkala anda berpencen dan anak2 meninggalkan anda, ibu  bapa telah tiada, anda hanya mampu berkata, alangkah ruginya aku. Hidup ini sepi sekali tanpa apa2 yg dibanggakan. Kalaulah aku membuat PhD dulu...

No comments:

Post a Comment